Sunday, November 2, 2008

Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumat


Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumat ?

Pertanyaan:

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Ifta’ ditanya: Apakah dibolehkan melaksanakan mandi junub sekaligus merangkap mandi untuk shalat Jum’at, mandi setelah habis masa haidh dan masa nifas?

Jawaban:

Barang siapa yang diwajibkan baginya untuk melaksanakan satu mandi wajib atau lebih, maka cukup baginya melaksanakan satu kali mandi wajib yang merangkap mandi-mandi wajib lainnya, dengan syarat dalam mandi itu ia meniatkan untuk menghapuskan kewajiban-kewajiban mandi lainnya, dan juga berniat untuk dibolehkannya shalat dan lainnya seperti Thawaf dan ibadah-ibadah lainnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Artinya: “Setiap perbuatan itu tergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan bagian sesuai dengan yang diniatkannya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Karena yang hendak dicapai dari mandi hari Jum’at bisa sekaligus tercapai dengan mandi junub jika bertetapan harinya. (Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah, 5/328)

Tambahan sedikit
:

Kewajiban mandi junub itu dilakukan ketika terjadi salah datu dari beberapa hal berikut:

1. Setelah selesai massa haid
2. Setelah berjimak, baik keluar mani/sperma atau pun tidak
3. Apabila keluar mani/sperma, baik secara sengaja ataupun tidak.
Apabila seseorang itu terangsang akibat menonton suatu film, maka dilihat terlebih dahulu, apakah dia mengeluarkan sperma/mani atau tidak. kalau dengan menonton film tersebut sampai mengeluarkan sperma maka dia wajib mandi. tapi kalau hanya keluar madzi maka cukup dicuci saja tanpa wajib mandi.
Sebaiknya kita nasihatkan kepada orang yang menonton film tersebut agar hendaklah setiap waktunya dimanfaatkan hal-hal yang bermanfaat bagi dia. Janganlah menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tidak bermanfaat apalagi yang berpotensi sebagai maksiat..

Wallahu a’lam

Friday, October 31, 2008

Hukum memotong kuku dan rambut dalam keadaan haid


Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati??, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.??

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

kita lihat ade solan yang berkaitan dengan hukum ini

Soal :
Benarkah bahawa membuang kuku setelah mengguntingnya termasuk perbuatan haram? Benarkah bahawa kuku-kuku itu harus ditanam?

Jawab :
Alhamdulillah, memotong kuku adalah perkara yang disyariatkan, hal itu termasuk salah satu perkara fitrah. Tidaklah wajib menanamnya dan tidak masalah juga membuangnya. Tidaklah masalah membuangnya di tempat sampah atau menanamnya.Fatwa Lajnah Daimah V/174.

Akan tetapi jika ia khuatir kuku-kuku itu jatuh ke tangan tukang-tukang sihir, hendaklah dia menanamnya atau membuangnya di tempat yang tidak dapat dijangkau oleh tukang-tukang sihir. Wallahu A’lam.

sumber : zaharuddin

Wednesday, October 29, 2008

Panduan Bersuci Orang Istihadhah Dan Seumpamanya Ini adalah tatacara bersuci dan solat bagi orang yang berpenyakit istihadhah, kencing tak tus, kent


Panduan Bersuci

Ini adalah tatacara bersuci dan solat bagi orang yang berpenyakit istihadhah, kencing tak tus, kentut terus-terusan dan yang seumpamanya. Diniatkan melakukan tatacara ini atas sebab dia itu berpenyakit yang tidak boleh mengikut kaedah bersuci biasa.

(Apabila masuk waktu)

Tidak berwudhuk orang ini melainkan setelah masuk waktu. Jika ada wudhuk sebelum masuk waktu, maka diulangi wudhuknya. Sebelum berwudhuk maka hendaklah dihilangkan segala najis yang ada padanya. Bagi yang berpenyakit istihadhah, dibersihkan darah tersebut. Bagi yang kencing tak tus, dibersihkan air kencingnya. Setelah itu diikatkan atau diletakkan pelekat agar tiada mengalir keluar najis selepas dibersihkan. Jikapun mengalir keluar selepas ini, maka tiada mempengaruhi apa-apa.

(Sewaktu wudhuk)
Diniatkan wudhuknya untuk mengharuskan solat. Tidak sah niatnya untuk mengangkat atau menghilangkan hadas kerana hadas orang ini tidak terangkat dengan wudhuknya.

(Selesai wudhuk)
Sebaik selesai wudhuk, maka orang ini tidak boleh melambat-lambatkan solatnya. Hendaklah dia terus sahaja bersolat. Tetapi dimaafkan jika lambatnya itu adalah kerana menunggu bilal qamat, imam menyusun saf atau berjalan daripada tempat wudhuk ke dewan solat.

(Solat)
Wudhuknya itu adalah untuk satu solat fardhu sahaja. Sekiranya dia ingin melakukan solat fardhu yang lain, contoh solat qadha, maka dikehendaki ulang wudhuk. Tetapi tiada halangan baginya melakukan solat-solat sunat dengan wudhuknya yang satu itu.

sumber : fekh ibadah ( Imam Syafie )

Beristinjak


pada satu ketika , ade seorang datang menanyakan kepada saya tentang hukum beristinjak , adakah boleh kita beristinjak ngan tisu ? kerana di singapore , terdapat satu masjid menyediakan tisu sahaja , doktor itu menggunakan tisu tersebut untuk membersihkan tempat keluar najis itu ...
saya menjawab pada ketika itu : ia boleh menggunakan benda-benda kesat seperti tisu sepertimana doktor ceritakan tadi mahupun batu , ia boleh digunakan
1 .( kerana mafhum kisah nabi yang menceritakan tentang istinjak : ketika mana nabi memerintahkan seseorang budak disampingnya ada seorang budak hamba untuk membawakan kepadanya sesuatu benda untuk beristinjak , dan ketita itu budak itu membawa batu dan budak hamba itu tadi membawa besi , maka nabi mengambil batu untuk beristinjak dari budak itu , dan tidak mengambil besi )

2 .( pada suatu ketika nabi menyuruh sahabatnya membawa sesuatu benda untuk beristinjak , maka sahabat tersebut memcarti batu , ia hanya menjumpai 2 batu , ia cari-cari , maka ia tidak menjumpai lagi batu , maka ia mengambi najis binatang yang sudah kering , kemudian nabi meminta benda itu , lantas sahabat itu memberi kepada nabi benda yang dicari tadi , kemudia nabi berkata ini najis ! najis ! tehadap najis binatang tadi , justeru itu nabi beristinjak dengan 2 biji baru itu tadi )


Penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku

Tuesday, October 28, 2008